layanssss

Friday 7 October 2011

“Bahasa Jiwa Bangsa”


“Bahasa Jiwa Bangsa”

Bahasa jiwa bangsa berti bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang
 menjadi  identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu
bangsa. Bahasa  melambangkan bagaimana sesuatu bangsa menggunakan bahasa sebagai alat
untuk brkomunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai
bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa itu.
            Sesungguhnya makna bahasa sangat luas pengertiannya, ianya tidak hanya merujuk
sebagai satu sistem linguistik semata-mata. Tetapi bahasa juga melambangkan budaya dan
 fungsi bahasa itu sendiri sebagai alat perhubungan sosial  dalam masyarakat. Wasilah yang
 penting untuk memsentuk bangsa Malaysia, adalah bahasa kebangsaan (bahasa melayu)
kerana “bahasa jiwa bangsa”. Ini bermakna bahasa apa yang didaulatkan oleh sesuatu bangsa
 itu, maka bahasa itulah yang membentuk jiwa bangsa tersebut yang sekaligus memercikkan
 jati diri kebangsaan. Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul
mendaulatkan bangsa kebangsaan, akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu
 bangsa-bangsa Malaysia. Sebaliknya, jika bangsa di Malaysia ini, mendaulatkan bahasa-
bahasa asing, akan terpancarlah “jati diri asing”. Lantas itu, akan terencatlah pembentukan
jati diri kita sebagai bangsa Malaysia. Untuk menghakikatkan gagasan ini bukanlah mudah,
apatah lagi jika kita sebagai rakyat Malaysia mendaulatkan bahasa-bahasa asing di negara
kita sendiri, dogma pemikiran bahasa yang aneh sekali pada zaman pascakolonialisme. Perlu
ditegaskan bahawa pembinaan bangsa Malaysia dab pemajuan Negara menurut acuan
kemalaysiaan sendiri. Pendaulatan hanyalah kepada bahasa kebangsaan (bahasa melayu)
 bukanya bahasa-bahasa asing. Inilah prisip umbi yang seharusnya di junjung oleh setiap
warganegara Malaysia. Jika semua rakyat Malaysia serius untuk menghakikatkan gagasan
pembentukan bangsa Malaysia, maka pasti gagasan ini tidak mustahil untuk direalisasikan.
Bak kata pepatah “di mana bumi bepijak, disitu langit dijunjung”.
            Walaupun kerajaan menuntut warganegara Malaysia menguasai bahasa asing, tetapi
janganlah pula jiwa dan pemikiran kita dikuasai oleh bahasa asing. Ini bukanlah budaya
bangsa yang maju. Sejarah telah membuktikan bahasa melayu itu telan menjadi bahasa lingua
 franca (bahasa lingua perantaran) bagi Negara-negara di kepulauan melayu dan orang-orang
 dagang seperti pedagang dan pengembara dari eropah,asia tengah,china dan india. Pada
amnya proses evolusi bahasa melayu berkembang selaras dengan  setaraf pembanggunan
yang dicapai oleh Negara dan rakyat terhadap bahasanya sebagai bahasa perhubungan,
 bahasa pentadbiran, bahasa ilmuan, dan bahasa perdagangan. Bahasa melayu pada
hakikatnya telah berkembang luas sejak zaman kesultanan melayu melaka dan penjajahan
kuasa asing di kepulauan tanah melayu.
            Asas keterampilan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui bahasa yang dituturkan
 oleh masyarakat sesebuah Negara itu. Kekuatan sesuatu bangsa boleh dilihat melalui
kesatuan masyarakat terhadap budaya yang diwarisi sejak turun-temurun terutamanya aspek
 bahasa. Maka tidak hairanlah pada hari ini, banyak Negara maju kekal menggunakan bahasa
 masing-masing yang diwarisi sejak turun-temurun. Rakyat Negara Perancis, German, Itali,
Jepun, Korea Selatan, Denmark dan lain-lain lagi membuktikan bahasa Negara mereka
 berupaya menjadikan rakyat yang berdaya saing, maju dan dikagumi masyarakat di seantero
 dunia. “Budi bahasa budaya kita”, inilah antara ungkapan yang menggambarkan peri
pentingnya individu di Malaysia, sebagai penutur bahasa Melayu tanpa mengambil kira latar
 belakang bangsa di tanah air yang tercinta ini untuk menjadi masyarakat yang dikenali
 sebagai masyarakat yang beradab.
            Bahasa yang dituturkan berupaya menggambarkan sahsiah masyarakat di Malaysia.
 Kesantunan berbahasa yang diperjuangkan dalam kalangan masyarakat,penuturnya telah
 mengangkat martabat masyarakat Negara Malaysia sebagai masyarakat yang peramah,
 bersopan santun, berbudi perketi mulia dan berbudi bahasa. Negara Malaysia dikagumi oleh
masyarakat di seantero dunia kerana perpaduan jitu dalam kalangan masyarakat yang
 berbilang kaum. Tanpa melihat pada perbezaan bangsa iaitu sama ada melayu, cina, india,
 kadazan, dan kaum-kaum yang wujud di Malaysia, kaum-kaum ini telah menggunakan satu
 bahasa iaitu bahasa melayu tanpa prejudis. Bahasa melayu berupaya menjadikan bangsa
 tersebut sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai keistemewaan tersendiri terutamanya
 rakyat Malaysia yang diberi jolokan oleh masyarakat dunia sebagai masyarakat yang berbudi
 bahasa, ramah, dan melayan tetamu dengan sopan.
            Namun  masa kini, bahasa melayu tidak lagi dikenali oleh masyarakat dunia.
Penggunaan bahasa melayu di Malaysia semakin berkurangan. Sesetengah rakyat Malaysia
 juga tidak menggunakan bahasa Malaysia dengan penggunaan yang betul, seperti
penggunaan tata bahasa dan istilah.  Tidak ramai masyarakat di Malaysia mengangap bahasa
 melayu penting dalam kehidupan pada masa kini. Tuntutan zaman teknologi ini, memerlukan
 setiap individu yang ingin bekerja hendaklah berkemahiran dalam bahasa inggeris.
            Ungkapan “bahasa jiwa bangsa” tidak lagi beerti bagi rakyat Malaysia, bahasa melayu
semakin di pinggirkan. Keadaan ini di sebabkan oleh beberapa sebab. Keadaan ini, perlu
diambil langkah penyelesaian dengan segera supaya bahasa melayu tidak akan pupus satu
 hari nanti. Bahasa melayu melambangkan ketamadunan bahasa melayu. Sekiranya ia pupus
 maka berakhirlah zaman masyarakat-masyarakat yang selama ini dianggap masyarakat
Malaysia.

No comments:

Post a Comment