layanssss

Monday 17 December 2012

Cinta Itu adalah anugrah terindah dari Tuhan (kau miliku)


Oleh: Aiman Syafiq B. Mat Sunari




Cinta Itu adalah anugrah terindah dari Tuhan,
Aku bersujud dan berdoa pada Tuhan,
Akhirnya kutemukan Anugrah terindah itu ya itu Kamu,
Memilikimu adalah hal yang terindah dalam hidupku.

Wajahmu tidak membuatku takluk,
Senyum mu juga tidak boleh membuatku tersipuh,
kecuali ketulusanmu mencintaiku yang membuat hatiku bertekuk lutut di hatimu,  
Aku tidak mencari kecantikanmu ataupun harta milikmu,
yang kucari adalah ketulusanmu mencintaiku.

Sepanjang nafasku masih berhembus,
aku akan terus menjaga,
menyayangi dan melindungi satu-satunya kekasih hatiku,
Kamu bukanlah yang pertama untukku,
tapi kamu yang terakhir bagiku.

Friday 7 December 2012

pantun


Aiman Syafiq

Timba air didalam perigi,
Untuk diisi didalam baldi,
Hargai kawan bila disisi,
Jangan dah hilang baru dicari.

Sungguh cantik si ayam serama,
Duduk berkokok diatas palang,
Kawan yang baik selalu bersama,
Disaat susah ataupun senang.

Pergi pustaka meminjam buku,
Untuk menambah ilmu di dada,
Terima kasih kerana menjadi kawan ku,
Semoga kekal hingga ke syurga.

Lepaskan aku (sungai)


Badanku berasa sungguh letih,
Pabila jasadku terpaksa
Menanggung himpunan benda asing
Yang tidak sepatutnya
Berada di jasad ku

Benda asing yang penuh dengan racun,
 Telah merosakkan sel-sel yang berada di jasad ku,
Yang selama ini telah berfungsi
Dengan baik untuk menjadikan
Hukum alam ini
Mempunyai kitaran yang sempurna

Wahai manusia sekalian
Izinkan aku untuk menjadi
Seperti dahulu kala
Yang tenang tanpa ganguan
Membiarkan segala sel-sel ku bergerak
Dengan riangnya
Untuk meneruskan generasi
Sekaligus memastikan generasi lain
Turut mendapat kehidupan .


Oleh: Aiman Syafiq bin Mat Sunari