ribuan orang menghempaskan wajah
pada putaran rolet dan deretan kartu
ribuan malam bising
membakar milyaran ringgit
dalam dentingan dadu casino
ribuan jam terbuang sia-sia
terpukau pada putaran harapan
diseret slot vegas penipuan
aku melihat orang menari
mencium coin kemenangan
bandar memaki dalam hatiaku melihat orang lunglai
menangis meja kekalahan
bandar pun berlega hati
oo... manusia
apa yang kau pinta,
dalam lena berhujung sengsara???
black jack adalah fatamorgana,
butakan mata pada kebenaran.
mata ayu bandar jelita,
isteri dan anak terlupakan.
ooo...insan,
yang tuli pada wahyu Tuhan.
kau habiskan hari-hari
di meja judi dan minum.
kala nafasmu terhenti,
tak ada lagi ampunan...
Monday 10 October 2011
kuntum-kuntum kehidupan
kuntum-kuntum kehidupan...
diladang akal
cermin manusiawi meretak-
berwajah marah..
merakam episod berdarah
gelas pertimbangan sering pecah
di meja emosi
ketika hidup kenyang hiburan
ade akal kelaparan iman
bertahun belajar keduniaan
bertahun menyemai benih mungkar
terkurung di kamar kebendaan
dengan zikir lojika
layu ditangkai takwa
kuntum-kuntum kehidupan
berguguran
di perkebunan amal
wanginya tetap berkekalan....
diladang akal
cermin manusiawi meretak-
berwajah marah..
merakam episod berdarah
gelas pertimbangan sering pecah
di meja emosi
ketika hidup kenyang hiburan
ade akal kelaparan iman
bertahun belajar keduniaan
bertahun menyemai benih mungkar
terkurung di kamar kebendaan
dengan zikir lojika
layu ditangkai takwa
kuntum-kuntum kehidupan
berguguran
di perkebunan amal
wanginya tetap berkekalan....
Friday 7 October 2011
“Bahasa Jiwa Bangsa”
“Bahasa Jiwa Bangsa”
Bahasa jiwa bangsa berti bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang
menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu
bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa menggunakan bahasa sebagai alat
untuk brkomunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai
bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa itu.
Sesungguhnya makna bahasa sangat luas pengertiannya, ianya tidak hanya merujuk
sebagai satu sistem linguistik semata-mata. Tetapi bahasa juga melambangkan budaya dan
fungsi bahasa itu sendiri sebagai alat perhubungan sosial dalam masyarakat. Wasilah yang
penting untuk memsentuk bangsa Malaysia, adalah bahasa kebangsaan (bahasa melayu)
kerana “bahasa jiwa bangsa”. Ini bermakna bahasa apa yang didaulatkan oleh sesuatu bangsa
itu, maka bahasa itulah yang membentuk jiwa bangsa tersebut yang sekaligus memercikkan
jati diri kebangsaan. Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul
mendaulatkan bangsa kebangsaan, akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu
bangsa-bangsa Malaysia. Sebaliknya, jika bangsa di Malaysia ini, mendaulatkan bahasa-
bahasa asing, akan terpancarlah “jati diri asing”. Lantas itu, akan terencatlah pembentukan
jati diri kita sebagai bangsa Malaysia. Untuk menghakikatkan gagasan ini bukanlah mudah,
apatah lagi jika kita sebagai rakyat Malaysia mendaulatkan bahasa-bahasa asing di negara
kita sendiri, dogma pemikiran bahasa yang aneh sekali pada zaman pascakolonialisme. Perlu
ditegaskan bahawa pembinaan bangsa Malaysia dab pemajuan Negara menurut acuan
kemalaysiaan sendiri. Pendaulatan hanyalah kepada bahasa kebangsaan (bahasa melayu)
bukanya bahasa-bahasa asing. Inilah prisip umbi yang seharusnya di junjung oleh setiap
warganegara Malaysia. Jika semua rakyat Malaysia serius untuk menghakikatkan gagasan
pembentukan bangsa Malaysia, maka pasti gagasan ini tidak mustahil untuk direalisasikan.
Bak kata pepatah “di mana bumi bepijak, disitu langit dijunjung”.
Walaupun kerajaan menuntut warganegara Malaysia menguasai bahasa asing, tetapi
janganlah pula jiwa dan pemikiran kita dikuasai oleh bahasa asing. Ini bukanlah budaya
bangsa yang maju. Sejarah telah membuktikan bahasa melayu itu telan menjadi bahasa lingua
franca (bahasa lingua perantaran) bagi Negara-negara di kepulauan melayu dan orang-orang
dagang seperti pedagang dan pengembara dari eropah,asia tengah,china dan india. Pada
amnya proses evolusi bahasa melayu berkembang selaras dengan setaraf pembanggunan
yang dicapai oleh Negara dan rakyat terhadap bahasanya sebagai bahasa perhubungan,
bahasa pentadbiran, bahasa ilmuan, dan bahasa perdagangan. Bahasa melayu pada
hakikatnya telah berkembang luas sejak zaman kesultanan melayu melaka dan penjajahan
kuasa asing di kepulauan tanah melayu.
Asas keterampilan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui bahasa yang dituturkan
oleh masyarakat sesebuah Negara itu. Kekuatan sesuatu bangsa boleh dilihat melalui
kesatuan masyarakat terhadap budaya yang diwarisi sejak turun-temurun terutamanya aspek
bahasa. Maka tidak hairanlah pada hari ini, banyak Negara maju kekal menggunakan bahasa
masing-masing yang diwarisi sejak turun-temurun. Rakyat Negara Perancis, German, Itali,
Jepun, Korea Selatan, Denmark dan lain-lain lagi membuktikan bahasa Negara mereka
berupaya menjadikan rakyat yang berdaya saing, maju dan dikagumi masyarakat di seantero
dunia. “Budi bahasa budaya kita”, inilah antara ungkapan yang menggambarkan peri
pentingnya individu di Malaysia, sebagai penutur bahasa Melayu tanpa mengambil kira latar
belakang bangsa di tanah air yang tercinta ini untuk menjadi masyarakat yang dikenali
sebagai masyarakat yang beradab.
Bahasa yang dituturkan berupaya menggambarkan sahsiah masyarakat di Malaysia.
Kesantunan berbahasa yang diperjuangkan dalam kalangan masyarakat,penuturnya telah
mengangkat martabat masyarakat Negara Malaysia sebagai masyarakat yang peramah,
bersopan santun, berbudi perketi mulia dan berbudi bahasa. Negara Malaysia dikagumi oleh
masyarakat di seantero dunia kerana perpaduan jitu dalam kalangan masyarakat yang
berbilang kaum. Tanpa melihat pada perbezaan bangsa iaitu sama ada melayu, cina, india,
kadazan, dan kaum-kaum yang wujud di Malaysia, kaum-kaum ini telah menggunakan satu
bahasa iaitu bahasa melayu tanpa prejudis. Bahasa melayu berupaya menjadikan bangsa
tersebut sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai keistemewaan tersendiri terutamanya
rakyat Malaysia yang diberi jolokan oleh masyarakat dunia sebagai masyarakat yang berbudi
bahasa, ramah, dan melayan tetamu dengan sopan.
Namun masa kini, bahasa melayu tidak lagi dikenali oleh masyarakat dunia.
Penggunaan bahasa melayu di Malaysia semakin berkurangan. Sesetengah rakyat Malaysia
juga tidak menggunakan bahasa Malaysia dengan penggunaan yang betul, seperti
penggunaan tata bahasa dan istilah. Tidak ramai masyarakat di Malaysia mengangap bahasa
melayu penting dalam kehidupan pada masa kini. Tuntutan zaman teknologi ini, memerlukan
setiap individu yang ingin bekerja hendaklah berkemahiran dalam bahasa inggeris.
Ungkapan “bahasa jiwa bangsa” tidak lagi beerti bagi rakyat Malaysia, bahasa melayu
semakin di pinggirkan. Keadaan ini di sebabkan oleh beberapa sebab. Keadaan ini, perlu
diambil langkah penyelesaian dengan segera supaya bahasa melayu tidak akan pupus satu
hari nanti. Bahasa melayu melambangkan ketamadunan bahasa melayu. Sekiranya ia pupus
maka berakhirlah zaman masyarakat-masyarakat yang selama ini dianggap masyarakat
Malaysia.
Thursday 6 October 2011
bersama kita fikirkan....
dua kepala adalah lebh baik daripada satu dan tiga kepala adalah lebih baik daripada dua dan begitulah seterusnya....
fikir-fikirkan lah ea....
mungkin jawapan nya akan memberi kita semua kebaikan..
kejayaan dalam sesuatu perkejaan bergantung kepada kesefahaman...
fikir-fikirkan lah ea....
mungkin jawapan nya akan memberi kita semua kebaikan..
kejayaan dalam sesuatu perkejaan bergantung kepada kesefahaman...
pemikiran kritis
..kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu ide, meneliti kebernasan, kebaikan dan keburukan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menngunakan alasan dan bukti yang munasabah.....
renung-renung kan lah..
jadi lah seseorang yang berfikiran positf!!!
:-)
renung-renung kan lah..
jadi lah seseorang yang berfikiran positf!!!
:-)
Wednesday 5 October 2011
siswa siswi universiti putra malaysia
...ini ade lah kenangan manis ak..
impian ak untuk masuk k universiti telah tercpai.. sekarang ak mengorak langkah untuk teruskan usaha untuk mencapai cita2 ak untuk menjadi seorang pendidik..
insyallah...
ak ingn mengikut langkah bapa sbagai seorang pendidik..
ak juga ingn memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa yang berdaulat!!!
manusia... ohh manusia...
setiap kesalahan yg awk buat msty ade sbb n hikmahnyee... owang ta bolee na mrubah dri awk sndiri melainkan diri awk sndri yg merubahnyeee... semua manusia tidak lari dri melakukan kesilapan.,,so,ite jugak sbgai mnusia haruslah mmberi peluang dan memaafkan kesalahan awk sbb ite pun jugee kdg2 mlakukn ksilapan.. ape yg berlaku semua nyee lumrah kehidupan dan kita mestilah kne trime dgn seadanyaaa...
Sunday 2 October 2011
mengisi masa lapang
Aiman Syafiq bin Mat Sunari
kadang kala kehidupan kita ini berada diatas, kadang kala berada dibawah,
berpusing seperti roda yang mengelilingi dunia.
perlu pandai dan berani menghadapi cabaran yang mendatang.
redha dengan ape yang telah mendatang.
itu adalah satu lumrah kehidupan. :)
kadang kala kehidupan kita ini berada diatas, kadang kala berada dibawah,
berpusing seperti roda yang mengelilingi dunia.
perlu pandai dan berani menghadapi cabaran yang mendatang.
redha dengan ape yang telah mendatang.
itu adalah satu lumrah kehidupan. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)