layanssss

Wednesday 2 January 2013

Jaga lah ia untuk generasi yang akan datang!


Bencana alam merupakan kejadian bencana yang mengerikan yang terjadi di alam semesta dan disebabkan oleh alam itu sendiri. Gempa bumi, Tsunami, Tornado, Banjir adalah contoh dari bencana alam yang kita ketahui, sudah tak terhitung berapa banyak bencana alam di dunia yang telah terjadi.Kita tidak perlu lihat dinegara orang, malahan di Malaysia sendiri juga pernah berlakunya kejadian bencana alam. Kita memang tidak akan dapat menduga bencana yang akan datang pada kita. Pelbagai berita-berita yang menyedihkan hati kita ini terpampang di dada-dada akhbar dan dikongsi bersama-sama oleh manusia sejagat. Kesannya, bencana alam ini telah meragut banyak nyawa yang tidak berdosa. Fenomena ini dibuktikan melalui kejadian tanah runtuh, banjir kilat, jerebu, tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi yang sering melanda dunia. Malangnya, tiada jalan penyelesaian untuk menghalang bencana alam ini daripada berlaku. Hal ini demikian kerana, sudah menjadi lumrah alam iaitu apabila tiba saat dan ketikanya, bencana alam ini pasti akan terjadi. Tiada satu kuasapun yang mampu menangani kuasa alam, namun kejadian bencana alam yang berpunca daripada sikap manusia itu sendiri perlu diberikan perhatian agar nyawa manusia tidak terancam. Kejadian TSUNAMI di Malaysia missalnya, turut telah menyebabkan korban nyawa manusia, malahan harta benda, tanaman, haiwan dan semuanya turut musnah.
Kesan tsunami yang telah melanda beberapa negara di persekitaran Lautan India pada 26 Disember 2004 tidak begitu teruk di Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Kawasan pantai barat Malaysia telah menerima kesan yang agak teruk lebih-lebih lagi di negeri Pulau Pinang dan Kedah, manakala di negeri Perlis dan Perak pula tidak begitu teruk. Di Malaysia, tsunami tersebut telah meragut 69 nyawa dan lebih daripada 8,700 orang di Malaysia telah mengalami masalah tekanan disebabkan oleh kemusnahan rumah-rumah dan juga sumber pendapatan mereka. kepercayaan dan sosio budaya penduduk orang asli di situ- Tsunami adalah siri beberapa ombak besar yang berpunca daripada pergerakan dasar laut, gempa bumi, tanah runtuh atau ledakan gunung berapi di bawah laut kawasan laut dalam. Dari pusat tsunami, ombak mula melanda kesemua arah pada kelajuan yang tinggi tepi pantai. Menyebabkan ombak yang besar.


Selain TSUNAMI, banjir lumpur juga penah melanda negara kita. Pada tahun 1996 tragedi Pos Dipang, merupakan antara tragedi yang meninggalkan sejarah hitam kepada negara, sepanjang sepuluh tahun kebelakangan ini, malahan mendapat liputan meluas semua pihak. Bencana alam datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ada sesetengah bencana ini boleh dijangkakan manakala sebahagian lainnya tidak. Inilah yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak. Tragedi banjir lumpur yang secara tiba – tiba berlaku pada 29 Ogos 1996, kira-kira jam 6 petang yang mengorbankan 44 mangsa . Kerja – kerja pembalakan yang telah berleluasa disitu, yang kemungkinan besar menjadi punca utama tragedi lumpur ini. Berbeza pula pendapat penduduk tempatan (orang asli) mengatakan bahawa kejadian tersebut dipercayai adalah satu bala. Dokumentari ini akan menyajikan kesan peristiwa hitam ini yang telah merubah kepercayaan dan sosio budaya penduduk orang asli di situ.
Kesemua kejadian bencana alam yang telah berlaku di Malaysia bukan disebabkan kepercyaan bala oleh agama-agama bukan Islam. Pada pendapat saya, bencana alam ini telah berlaku disebabkan tindakkan manusia sendiri. Kesemua kejadian yang berlaku adalah balasan tuhan terhadap manusia yang tidak menjaga tingkah laku dan menghargai keindahan alam sekitar yang telah disediakan oleh tuhan. Manusia telah rakus untuk mengaut keuntungan dunia dengan melakukan pembalakkan yang berleluasa tanpa memikirkan kesannya pada masa hadapan. Manusia cuai dengan tindakkan yang telah mereka lakukan itu sendiri. Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir dengan waras dan cerdik supaya kita dapat mengekalkan keindahan alam ini untuk generasi yang akan datang.


Oleh: Aiman Syafiq Bin Mat Sunari. (Siswa UPM)

No comments:

Post a Comment